cadburry Diary Milk!
KEHEBATAN DOA
Friday 28 December 2012 | 01:40 | 0 comments









Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai
Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).



AKU CALL ALLAH DALAM TAHAJJUDKU ^_^
Thursday 27 December 2012 | 21:51 | 0 comments
Semalam, ku telefon Tuhan dalam tahajjudku.
“Tuut, tuut… tuut, tuuut!” Terus diangkat. Dan sebaik sahaja kudengar talian di sebelah sana diangkat, saat itu terus ku luahkan isi hatiku bagai mencurah-curah ke ladang gandum!
“Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!”

“Wahai hambaKu. Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas kamu pada badanmu, lalu kamu menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu untuk menegakkan bagimu neraca timbangan atau membuka buku catatan amalmu.” [1]

“Akan tetapi Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.”

“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2]

“Yang penting lubang di hati ini sangat dalam. Dan aku mohon pertolonganMu, mengapa tidak Engkau tutupkannya saja.”

“Jika sekiranya Aku mahu, nescaya akan Kuberikan kepadamu wahai kekasihKu. Akan tetapi telah tetaplah kata-kataKu: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasihKu, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” [3]

“Oh begitu rupanya… Sungguh Maha Penyayang Engkau wahai Tuhanku, melindungi aku daripada fitnah dunia. Maka, sekarang aku memohon agar Engkau memberikan aku kekuatan ya Allah.”

“Sesungguhnya Aku sekali-kali tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [4]

“Terima kasih Tuhan, bolehkah Engkau selalu mengingatkan aku di saat aku lupa wahai Tuhanku…?”

“Tentu. Sesungguhnya Akulah yang menciptakanmu dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu, dan Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.” [5]

“Tuhanku, aku sangat-sangat berharap Engkau sentiasa ada bersama denganku.”

“Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.” [6]

“Aku ingin menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya wahai Tuhanku…”

“Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” [7]

“Wahai Allah! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Dan aku berjanji akan selalu mengingatiMu lebih daripada segala yang lain.”

“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingati Aku.” [8]

SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La ilaaha illAllah. La hawla wala quwwata illa billah.Lalu ku putuskan talian itu kerana ku tahu sebentar lagi akan ku hubungiNya lagi.
Terima kasih Allah.
Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.
Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

Terima kasih ya Allah!
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

copy&paste ^^

DIA Hanya Satu Tiada Dua
Saturday 15 December 2012 | 02:09 | 0 comments
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
(Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani)





Mana ada manusia yang tidak pernah ditimpa susah. Itu sunnatullah. Asalkan namanya manusia, pasti akan merasa susah, pasti akan merasa sakit dan semestinya akan merasa mati.
Tidak kiralah dia beriman dengan Allah, atau tidak beriman dengan Allah.
Namun, manusia yang beriman dengan Allah, ternyata lebih istimewa kerana tahap kesakitan dan kesusahan yang mereka rasai jauh lebih berat dan hebat.

YANG PALING DAHSYAT DIUJI
Para Nabi.
Merekalah golongan yang paling sakit dan paling susah. Kemudian, mereka-mereka yang mengikut jejak langkah para Nabi dan para Rasul, ‘alaihim assolatu was salam.
Tetapi ternyata bentuk ujian berbeza-beza, kerana tujuan juga berbeza-beza.
Para Nabi mencari redha Allah dalam sebuah kehidupan, bukan redha manusia, bukan kenikmatan dunia, justeru ujian yang mereka tempuhi adalah sehebat-hebat ujian.
Kemudian, generasi selepasnya yang juga mencari redha Allah dalam sebuah kehidupan, akan turut serta menerima ujian yang sama.

PUTUS ASA
Namun ternyata mereka tidak pernah berputus asa.
Hanya satu sahaja sebabnya, iaitu tujuan sebenar hidup mereka di dunia.
Ya, mereka hidup kerana Allah.
Susah dan payah yang mereka terima, benar-benar diyakini datangnya daripada Allah. Sebagai tanda CINTA, sebagai tanda SAYANG.
Lalu dengan CINTA dan SAYANG itulah mereka hidup. Mereka bernafas dalam nafas keimanan yang cukup hebat. Mereka hidup untuk hari esok, tempat kembali yang kekal abadi, bukan untuk kehidupan dunia yang cuma seketika.
Sebab itu, mereka tidak pernah berputus asa.

DIUJI DAN BERPUTUS ASA
Namun berbeza pula halnya dengan kita.
Kadangkala, kita mengadu diuji. Walhal sebenarnya kita belum pun diuji.
Ada masalah dengan kekasih hati, itu sudah cukup untuk satu dunia mengetahui kita sedang diuji. Tidak cukup status facebook, sambung pula di twitter. Seakan mahu dijerit kencang kepada seisi dunia bahawa diri sedang diuji.
Kemudian apabila buah hati kembali memujuk, serta merta berubah tajuk. Dibungai kembali dengan status-status manja bagi menterjemah kegedikan di hati.
Itu bukan ujian. Itu kenikmatan palsu dalam sebuah kehidupan.
Jika apa yang dikejar bukan redha Tuhan, masakan bisa dinamakan kenikmatan palsu sebagai ujian?
Hidup kerana ditakdirkan hidup. Bernafas kerana masih diberi nafas.
Tidak tercapai apa yang diimpi dalam hidup, maka ambil nyawa secara paksa adalah jalan keluarnya. Manakan tidak, dirasakan dunia sudah gelap, sudah tamat.

BERHARAP ITU HANYA KEPADA YANG SATU
Seperti juga kita makan.
Meskipun zahirnya lauk yang dimasak itu dari air tangan ibu, tetapi hakikatnya yang mengurniakan lauk itu adalah Allah. Sebagai rezeki yang kita jamah setiap hari.
Nah, begitu juga dengan berharap.
Meskipun kita mengharapkan si dia setia dengan cintanya kepada kita, namun HAKIKAT PENGHARAPAN wajib diserah kepada Allah, satu-satunya tiada dua.
Itulah kata kunci untuk kita kekal dengan sebuah pengharapan.
Meskipun manusia membenci, mengkhianati dan meninggalkan kita sendiri.
Allah ada.
DIA tidak pernah meninggalkan kita sendirian dalam menempuh segalanya.

BELUM TERLAMBAT
Selagi ada nafas, ertinya kita belum terlambat untuk reset semula segalanya.
Meneliti kembali arah perjalanan, apakah aku ini di atas jalan yang benar? Jalan yang ditempuh oleh para Nabi, para Rasul, para pejuang yang kehidupan mereka hanyalah untuk mencari Redha Allah?
Apakah benar kesusahan dan kesakitan yang aku alami dalam hidup merupakan manifestasi daripada sebuah KASIH SAYANG TUHAN?
Atau adakah aku cuma larut dalam arus kenikmatan, tertipu dengan keseronokan berjasad khayalan?
Atau adakah aku sebenarnya belum pun diuji?
Atau adakah Allah sebenarnya tidak menguji aku sepertimana para Nabi-Nya kerana cinta-Nya tidak ada untukku?
Masih belum terlambat.
Bangkitlah semula memperbaharui nafas seorang hamba.
Kita hidup bukan hanya untuk suka-suka, meskipun hidup kita berselang gelak dan tawa. Kita hidup kerana DIA. Kerana mahukan redha-Nya. Kerana mahu hidup seperti kekasih-kekasih-Nya.
Biarpun tidak serupa, setidak-tidaknya kita usaha untuk bersama.
Mari tajdidkan semula niat kita, untuk sebuah kehidupan yang tidak pasti bila pengakhirannya.
Agar bila kita disapa sakit dan susah, ditegur sukar dan musibah, senyum tenang takkan pudar di wajah.
Agar kita tidak berhenti berlari menuju matlamat.
Agar kita tidak berhenti dari berharap.
Kerana kita yakin cahaya CINTA-NYA tidak pernah malap.

::[ Kisah Sepotong Roti ]::
Friday 14 December 2012 | 22:21 | 0 comments
seekhaleef:

comel perlian tersebut~



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
(Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani)

Awak,Awak dan Awak.. bacalah.. wlau sepanjang mna pun yg sya share.. bacalah.. sedangkan novel yg setebal kamus tuu kamu sggup bca .. knpa x yg nii ? :) baca ehh awak ? :)

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Diriwayatkan oleh Abu Burdah bin Musa al-Asy’ari ketika menjelang wafatnya Musa, lelaki itu berkata kepada puteranya;

”Wahai anakku, ingatlah cerita perihal seseorang yang mempunyai sepotong roti.”

Zaman dahulu, di sebuah tempat ibadat, ada seorang lelaki yang sangat tekun dalam melakukan suruhan Allah SWT dan dilakukannya kira-kira 70 tahun selain tidak pernah meninggalkan tempat ibadat itu kecuali pada hari yang ditentukannya.

Bagaimanapun,suatu hari dia digoda seorang wanita sebelum bergelumang di dalam dosa selama 7 hari. Selepas tersedar, dia bertaubat dan mengembara selain tidak pernah lupa menjalankan suruhan-Nya.

Akhirnya, dalam pengembaraannya, dia sampai ke sebuah pondok yang dihuni 12 fakir miskin. Kerana keletihan, dia tertidur di pondok berkenaan bersama kumpulan fakir miskin itu.

Di sebelah pondok berkenaan, tinggal seorang lelaki yang memberi sebuku roti kepada setiap fakir miskin d sana setiap malam.

Pada suatu hari, datang individu lain memberikan sebuku roti kepada setiap daripada mereka. Bagaimanapun, seorang daripada fakir miskin berkenaan tidak menerima roti kerana bahagiannya sudah diberikan pada lelaki yang bertaubat itu.

 Bertanyalah fakir miskin itu;

”Mengapa kamu tidak memberikan roti kepadaku?”

Individu berkenaan menjawab;

”Kamu dapat melihat sendiri roti yang aku berikan semuanya sudah habis dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih daripada sebuku roti setiap seorang.”

Mendengar ungkapan individu yang membahagikan roti, lelaki yg bertaubat mengambil roti yg diterima dan diserahkan kepada fakir miskin yang tidak mendapat bahagiannya. Keesokan harinya, dia meninggal dunia.

Di depan Allah SWT, ditimbang amal ibadat yang pernah dilakukan lelaki berkenaan selama 70 tahun dengan dosa 7 malamnya. Ternyata hasil drpada timbangan itu, amal ibadatnya dikalahkan oleh maksiat terbabit. Bagaimanapun, ketika dosa yang dilakukannya selama 7 malam itu ditimbang dengan sepotong roti yang pernah diberikan kepada fakir miskin yang sgt memerlukan, ternyata amal sepotong roti itu dapat mengalahkan perbuatan dosa terbabit.

 Kepada anaknya, Abu Musa berkata;

”wahai anakku, ingatlah oleh mu akan orang yang memiliki sepotong roti itu,”



Older Post
Meet The Boss(•ˆ⌣ˆ•)

name: Nur Farahin
date birth:July 14
school:Smk Panglima Bukit Gantang
(っˆヮˆ)っ Cbox


Blog Archive

♡music(◦'⌣'◦)
(っˆヮˆ)っ edit by
babystylo